Selamat Datang

Sabtu, 17 November 2012

WARNA

Warna memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana yang tidak bosan. Warna dapat menunjukkan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Warna terbahagi kepada :
1. Warna asas - merah, biru dan kuning.
2. Warna sekunder - campuran dua warna sahaja daripada warna-warna asas.
                              - kuning  + biru = hijau
                              - biru + merah = ungu
                              - merah + kuning = jingga
3. Warna tertier - warna asas  +  warna sekunder = warna tertier
    Contoh : biru + ungu
                  merah + ungu
                  merah + jingga
                  kuning + jingga
                  kuning + hijau
                  biru + hijau
*  Warna harmoni - sekumpulan warna yang terletak sebelah - menyebelah dalam roda warna.
    Contoh : merah jingga, jingga, jingga kuning, hijau kuning, hijau, hijau biru.  

3 ulasan:

  1. Peranan warna dalam kehidupan harian memang penting sekali.

    BalasPadam
  2. Campuran warna memang merupakan salah satu ilmu pengetahuan yang perlu difahamani oleh mereka yang minat tentang seni.

    BalasPadam
  3. Campuran dua warna dapat hasilkan warna yang lain.

    BalasPadam